Quantcast
Channel: JomDiet.com » Berita Kesihatan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Pembedahan Alternatif Terakhir Untuk Kurus?

$
0
0

Ada yang telah mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus, namun tak kurus-kurus juga. Mereka mencuba pil diet, diet tanpa nasi (atkins diet), diet dengan herbalife, atau diet dengan bersenam.

pembedahan untuk kurus

Namun, kini terdapat satu lagi alternatif untuk kurus, iaitu melalui pembedahan.

Ia dipanggil sebagai pembedahan bariatrik, iaitu sebuah teknik pembedahan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan pada beberapa bahagian pada perut.

Pembedahan ini dicadangkan kepada individu yang mempunyai BMI yang melebihi 38 dan masih gagal untuk kurus walaupun telah mencuba pelbagai jenis diet. Memetik kata-kata Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad:

“Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.

“Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.

“Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

“Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

“Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik,”

Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.

Rawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleevegastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik.

Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Lalu ia membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil.

Dr. Haron berkata, kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

KelebihanPembedahan bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

“Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri,” terang Dr. Haron.

KomplikasiApa saja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan bariatrik.

Namun ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani.

Terang Dr. Haron, dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan perawatan total kepada pesakit.

“Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu peratus.

“Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

“Sebab itu pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi,” ujarnya.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil. – UTUSAN

Nota JomDiet.com:

Apa pendapat anda mengenai kaedah pembedahan untuk kurus ini? Adakah ini cara boleh dianggap sebagai cara terakhir untuk kurus?

Kongsikan pendapat anda diruangan komen dibawah.

The post Pembedahan Alternatif Terakhir Untuk Kurus? appeared first on JomDiet.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10